RANTAU PANJANG – Pihak Nasken Coffee dengan Kerjasama Ahli Parlimen Rantau Panjang menyalurkan bantuan banjir di sekitar Kawasan Rantau Panjang ekoran skala banjir yang agak tinggi menimpa daerah tersebut.
Team Nasken Coffee dengan penuh rasa bertanggungjawab berganding bahu dalam menyediakan sebanyak 800 pek makanan untuk disalurkan kepada mangsa mangsa banjir di sana yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh mereka.
Pihak Nasken Coffee amat terkesan dengan bencana banjir yang melanda di sekitar Kawasan tersebut yang agak teruk jika dibandingkan dengan banjir yang melanda Daerah itu pada tahun 2014 yang lalu.
Kami dari Team Nasken Coffee juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam misi tersebut. Sokongan yang diberi telah meninggalkan impak yang besar dalam memulihkan kehidupan mereka selepas bencana alam ini.
Di setiap tangan yang diulurkan sebagai sokongan, di setiap perbuatan baik, dan di setiap saat empati yang dikongsi, terletak janji akan hari esok yang lebih cerah. Semoga saudara kita yang ditimpa banjir berada dalam keadaan baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.