NASKEN COFFEE AIRPORT | 28 DISEMBER 2025 BERSAMAAN 9 REJAB 1447H (AHAD)
Nasken Coffee Airport menerima Pensijilan Halal melalui Majlis Perasmian bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim, wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bersama barisan pengurusan Nasken International Sdn Bhd, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap pematuhan sistem Halal yang dilaksanakan oleh pihak syarikat. Pensijilan halal ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi simbol kepercayaan, integriti dan ketelusan dalam setiap aspek operasi, bermula daripada pemilihan bahan mentah, penyediaan minuman dan makanan, sehingga kepada penyajian kepada pelanggan. Nasken Coffee komited untuk terus memastikan setiap sajian yang dihidangkan adalah halal, bersih dan berkualiti, selari dengan kepercayaan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan kami. Sokongan anda adalah inspirasi kami untuk terus melangkah lebih jauh, menembusi pasaran yang lebih luas dan membawa jenama Nasken Coffee ke peringkat yang lebih tinggi.