Dengan penuh rasa bangga, Nasken Coffee tampil sebagai Penaja Utama Kelantan Red Warriors (KRW) bagi musim ini, satu langkah strategik yang mencerminkan komitmen kami dalam menyokong pembangunan sukan tanah air. Sebagai jenama kopi tempatan yang berkembang hasil sokongan pelanggan setia dan peminat kopi, kami percaya bahawa bola sepak dan kopi berkongsi semangat yang sama, menyatukan komuniti, mencipta momen, dan membakar semangat juang. Kerjasama ini bukan sekadar penajaan, tetapi satu simbolik bahawa suara dan sokongan pelanggan kami kini tersemat pada jersi utama pasukan KRW, mewakili semangat rakyat dan aspirasi sebuah negeri. Kami yakin dengan sokongan berterusan daripada peminat KRW dan pencinta kopi, gabungan ini akan menjadi satu kekuatan luar biasa dalam mencipta sejarah baharu untuk sukan dan industri F&B tempatan.
Nasken Coffee, Mewakili Pelanggan, Menyokong Juara.